Tuesday, July 6, 2010

Pendaftaran Penyertaan di PERLIS, SUNGAI PETANI, JITRA dan TAMAN JUBLI EMAS

Salam,

PLAY MOTORSPORT akan membuka 'kaunter pembayaran bergerak' untuk penyertaan KEDAH SPEED BATTLE 2010 di beberapa lokasi seperti Jitra, Sungai Petani, Perlis dan Taman Jubli Emas Alor Setar pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ini adalah untuk memudahkan warga 'sprint' sekalian yang mungkin tidak dapat membuat pembayaran terus kepada kami di pejabat urusan kami di Jalan Hutan Kampung, Alor Setar.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran Jitra dan Sungai Petani (Khususnya untuk mereka yang tinggal di kawasan Gurun dan sebagainya), pembayaran bolehlah dibuat di tempat-tempat berikut :

1. KP MOTOR - Jitra
2. STESEN MINYAK PETRONAS - Taman Ria Jaya, Sungai Petani

untuk sebarang pertanyaan atau cadangan sila emailkan pada playmotorsports@yahoo.com atau hubungi nombor-nombor telefon yang telah diberikan.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment