Wednesday, June 16, 2010

GAMBAR SEKITAR KAWASAN TAMAN JUBLI EMAS, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN











KEDAH SPEED BATTLE 2010 - Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang ke blog rasmi ' Play Motorsports'.

Dengan sukacitanya, kami ingin memaklumkan acara sukan bermotor yang akan dianjurkan oleh 'Play Motorsports' di Negeri Kedah Darul Aman pada bulan Julai ini.



Pasukan atau penunggang yang berminat boleh menghubungi kami di playmotorsports@yahoo.com atau boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang di bawah :

Bret : 019 2271566
Wahida : 019 546 6756
Shahir : 017 6175732
Faiz : 012 2285828

Kategori dan yuran penyertaan adalah seperti berikut :



RM 100.00 - STANDARD BODY : 2 STROKE & 4 STROKE
RM 120.00 - OPEN BODY : 2 STROKE & 4 STROKE



TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 26 JULAI 2010 (ISNIN). PERMOHONAN SELEPAS TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DILAYAN. PENYERTAAN ADALAH TERHAD. FIRST COME FIRST SERVE BASIS.

* 200 Penyertaan awal akan menerima hadiah saguhati iaitu sehelai Kemeja T 'Play Motorsports' (Stok Terhad) yang bernilai RM 29


Maklumat - maklumat acara dan syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah.

1) Maklumat Acara :


Acara : Kedah Speed Battle 2010

Lokasi : Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Kedah Darul Aman

Tarikh :
30 hb Julai 2010 / Jumaat : STANDARD BODY - 2 STROKE & 4 STROKE (Pusingan - Final)
31 hb Julai 2010 / Sabtu : OPEN BODY - 2 STROKE & 4 STROKE (Pusingan - Final)
*setiap kategori dijadualkan untuk berlangsung dalam satu hari

Masa : 9 pagi - 6 Petang



2) Aturcara & Aktiviti :

a. Ujian kepantasan (Sprint Test)

b. Khemah jualan produk
- Makanan
- Minuman
- Produk barangan dan aksesori motorsikal & skuter
- T Shirt
- Gerai handphone
- Dan lain-lain

c. Pameran dan pertandingan skuter tercantik



3) Syarat-syarat penyertaan

a. Penunggang (Joki) mestilah berumur 16 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu yang sah

b. Penunggang (Joki) mestilah memakai kelengkapan seperti yang telah ditetapkan dibawah :
- Jaket kulit (Sweater panjang, baju hujan, 'wind breaker' adalah tidak dibenarkan)
- Sarung tangan
- Topi keledar berfiber lengkap dengan 'visor' (Apollo atau MS 88 adalah tidak dibenarkan)
- Kasut paras buku lali (Kasut sarung, 'Crocs' adalah tidak benarkan)

* Penunggang (Joki) adalah digalakkan untuk memakai 'Racing suit' sekiranya ada. Ini adalah untuk keselamatan semua pihak. 'Sediakan payung sebelum hujan' :)


c. Bagi setiap penyertaan, hanya 3 individu termasuk penunggang (Joki) sahaja yang akan dibenarkan bearada di dalam kawasan 'paddock' dalam setiap masa. Pihak penganjur akan memberi tag 'paddock crew' untuk setiap pasukan yang mendaftar. Dan tag 'paddock crew' tidak boleh ditukar hak milik. Sila rujuk dengan pihak urus setia sekiranya terdapat masalah.

d. 'Paddock Crew' dan penunggang (Joki) adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk merokok di dalam kawasan 'paddock', 'track' dan 'warm up lane'. Pihak penganjur akan menyediakan 'Kawasan Merokok' berdekatan dengan kawasan tersebut.

e. Sekiranya Hujan - peserta disarankan untuk menyediakan 'tayar permukaan basah' dan 'pembalut lutsinar' (transparent cling wrap) untuk membalut atau menutup bahagian enjin yang terdedah kepada air. Penyertaan akan dibatalkan dengan serta merta sekiranya motorsikal yang bertanding disahkan rosak oleh 'Panel Penasihat Teknikal' dan pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos ganti rugi.

f. Pihak penganjur tidak akan memulangkan wang penyertaan sekiranya terdapat masalah teknikal seperti tarik diri, motorsikal rosak, dan sebagainya.

g. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Julai 2010 - Isnin. Sebarang permohonan pada selepas tarikh tersebut adalah tidak akan dilayan.

h. Setiap penunggang (Joki) bagi setiap kategori akan diberi dua (2) peluang. Ini bermakna penunggang yang kalah pada pusingan pertama akan dibenarkan untuk bertanding buat kali kedua selepas habis satu pusingan.


i. Setiap penunggang akan berlumba pada jarak 250 meter.

j. Pasukan / penunggang hendaklah memastikan brek motorsikal berfungsi dengan baik. Sebarang kemalangan yang membabitkan brek gagal berfungsi adalah di luar tanggung jawab pihak penganjur.


4) Hadiah Peserta

STANDARD BODY - 2 & 4 STROKE

RM 800 - Juara

RM 500 - Naib Juara

RM 300 - Tempat ke-3


OPEN BODY - 2 & 4 STROKE

RM 1000 - Juara

RM 800 - Naib Juara

RM 500 - Tempat Ke-3
* Setiap pemenang bagi setiap kategori juga akan menerima sijil serta trofi


Nota :
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya terdapat pasukan yang melanggar syarat-syarat diatas. Dan wang pendaftaran tidak akan dipulangkan. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.


Kedah Speed Battle 2010 - "Menyatukan Belia Menerusi Sukan Bermotor"